Video: Amaani Nyanyi Lagu Tadika
Kepada siapa yang tak tahu, Amaani dah masuk tadika untuk toddler di Al-Ikhlas Cambridge Seksyen 13 bermula akhir Okt hingga Akhir Nov. Sebenarnya Amaani yang beria-ia minta nak pergi sekolah. So tahun ni kiranya percubaan dulu. Untuk melihat apa yang Amaani dah belajar klik video di bawah



Anak saya berumur 3 thn dan saya ingin masukkan ke Toddler Programs kat Al-Ikhlas cambridge , seksyen 13 Shah Alam. Saya igin mendapatkan testimoni dari pihak anda. Harap dapat membantu.
Awin, maaf…setelah sebulan lebih, baru saya perasan mesej Awin ni.
).
Setakat ini, Amaani telah mula membaca buku Peter & Jane, iaitu setelah menghadiri toddlers program ini sejak November 2007 (1bulan) + January-Mac 2008 (3bulan). Alhamdulillah, dia sudah boleh mengenal dan faham perkataan-perkataan yang dibaca. Menurut guruny; Ms.Ranee (berpengalaman luas dalam pendidikan awal kanak-kanak), sejak Amaani belajar menggunakan GD Learning Set (Flash Card System yang diperkenalkan oleh Glenn Domann), dia memang cekap dalam mengenalpasti perkataan-perkataan yang dipelajari. Dan setakat ini, Amaani dapat mengikuti set tersebut dengan baik kecuali set matematik (kurang cekap sikit
Untuk keterangan lanjut dan melihat sendiri pengendalian kelas, Awin dijemput untuk singgah di Al-Ikhlas Cambridge Sdn. Bhd.
p/s : Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya membiarkan anak saya belajar dari seorang guru berbangsa India…. saya punya perancangan sendiri untuk anak saya. Lagipun saya lebih yakin pada ilmu dan pengalamannya dengan kanak-kanak pra-sekolah berbanding mereka yang tidak/ kurang berpengalaman. Setelah mendapatkan kemahiran membaca, saya akan menukar Amaani kepada program pra-sekolah pra-Tahfiz pula di Al-Ikhlas Cambridge seksyen 3, Shah Alam (yang mana kesemua gurunya adalah muslim). Moga Allah perkenankan rancangan saya ini.