Anak abiummi bertudung!!
Aduh mengancam sungguh anak abiummi bila pakai tudung..!! Tadi masa di SJMC melawat nenek moyang long Amaani dan Sofiyyah… ada makcik cina tertawan melihat wajah anak-anak abiummi pakai tudung… abis pipi Amaani kena cubit. Masa berjalan di Subang Parade, orang yang lalu lalang tersenyum atau berpaling melihat anak-anak abiummi. Amaani ni kalau dia tengah good mood dia akan lambai-lambai orang yang tengok dia.
Sebenarnya bukan mudah nak ajar Amaani pakai tudung. Sofiyyah nampak macam mudah sebab dia jenis ‘patuh’
atau mungkin dia kecil lagi… Kalau Amaani nak pakai tudung tuh mesti dia setuju dulu.. kalau tidak dia taknak dan dia cabut semula tudung.
Sebenarnya usaha untuk biasakan Amaani dengan tudung, abiummi buat masa dia tak sampai setahun lagi… Ummi siap jahit tudung lagi untuk Amaani. Setakat ni koleksi tudung Amaani ada dalam lebih kurang 3 helai + satu set telekung…
Untuk Sofiyyah, abiummi mulakan lebih awal sedikit dan juga sebagai pendorong Amaani untuk turut sama pakai. Bila dia nampak adik dia pakai, abiummi puji-puji adik Sofiyyah cantik, comel pakai tudung, apalagi Amaani pun nak jugak laaa!! hehehe
Apa pendapat anda? Bilakah waktu paling sesuai untuk memperkenalkan tudung kepada anak-anak anda? Dan bagaimana?



Ada orang cakap, kasi la peluang mereka tak pakai tudung sebelum baligh, masa ni belum dikira dosa dan pahala mereka… Dah baligh nanti pakai la tudung… Apa komen abiummi?
eh nak komen boleh?
nyibuks la … kak ruq, tolong jahitkan satu utk Fidaa’ boleh? ummi dia tak pandai menjahit 
anak Mama: Melentur buluh biarlah dari rebungnya… Nak mendidik anak sebaiknya dari awal usia… Ini bukan pasal tudung shj, tetapi lebih dari itu isu tutup aurat baik lelaki atau perempuan (jgn sampai anak silap faham tudung untuk bergaya atau fesyen). Begitu juga dgn solat kalau usia mumayyiz/baligh baru nak pastikan anak solat.. tentu sukar… Kadang2 kita hanya ingat pendidikan awal hanya dlm bentuk akademik, baca, menulis, mengira.. tetapi aspek agama, hubungan/kewajipan dengan Allah swt spt solat, tutup aurat, birrul waalaidain tak ditekankan. wallahu a’lam
kakak ikut iras ummi
adik ikut iras abi
baby caliph ikut ghupe sapo la nanti.. hehe
lukluk: ehe…jait tangan je yg 2 tudung sblm ni, tudung sempoi jer, kain jersey mcm masa kite skolah2 dulu
antara sebab jait sendiri : 1. sbb kat kedai tak jual tudung utk baby. 2. 1 and only design - own preference of textile and style
boley2, insya Allah ummi tolong buat satu. ada colour preference?
sokong sangat usaha abiummi. didikan awal tu perlu. mungkin ada yang pertikaikan sebab awal sangat..sian kat budak2, rimas + panas. tapi pd sy, seawal yg mungkin. kot dah jadi buluh betung payah pulak. bagaimana? mulakan dgn diri sndiri n prsekitaran yang membantu. kalu keliling sexy mexy..payah laa. lagi satu, hijab budak2 kecik ni better cari dari textile yang sesuai. tak panas. menarik. nampak comey bile dipakai. letak sikit aksesori yang sesuai dengan bebudak..jangn lak labuci n memanik yang serabut. mungkin leh letak butterrfly yang warna warni ke, or turtle yang comey.
sekadar pandangan~
setuju ngan usaha abiummi.
comelnya permata awak. saya suka gambar anak2 bertudung. tp saya sendiri bertudung darjah enam.
harap blog awak blh beri saya guide nak jd parent muda
keep it up!
hehe dh lama x tengok blog ni tak prasan Ummi dah balas. InshaAllah ada rezeki balik Msia kami tempah satu dgn Ummi ye?
rindunya! Jangan lupa visit nurinmz.com, tolong rate postings dan komen ye! Blogspot masih ada - concentrate family issues kt sana. AllahHaafizukum 
Salam perkenalan. Very nice blog. I am a mother of 3, all girls aged 18, 8 and 4. Parenting is all about our skills in giving our children what they must have - love, care, rearing, bonding, protection, influence and the guidance. Children are adorable. Mereka adalah anugerah dan amanah daripada Allah kepada kita. Saya suka bacakan Surah Alam Nasyrah (7x setiap bacaan) dan niatkan untuk anak-anak, agar mereka sentiasa beroleh kemudahan dan kesenangan dalam meniti hari-hari kehidupan. My hubby and I always remind ourselves, be good parents as our children are growing