Lamanya tidak menulis
Alhamdulillah digerakkan hati untuk menulis di blog ni.
Sedikit perkembangan kami untuk dikongsi dengan pengunjung blog abiummi.
1. Ummi dah mula bekerja pertengahan bulan Julai lalu. Mungkin salah satu alasan yang boleh digunakan sekiranya orang bertanya kenapa tiada entri baru!
2. Amaani jika ditanya, “Boleh tak ummi kerja?” Jawabnya secara spontan “Tak boleh!” hehe…
3. Sofiyyah akan cukup setahun ahad ini 9.9.2007 sama dengan birthday Paklang Izz. Tak sampai setahun dah boleh berjalan anak abi ni. Gigi pun dah banyak, pandai makan nasi dan tidak memilih. Antara tempat kegemaran, tangga, plug dan dapur. p/s: Ummi pun baru lepas birthday… hehehe tapi abi terlupa lepas sehari baru teringat!!
4. Amaani baru-baru ini dapat melihat ‘aeroplane’ dengan lebih dekat semasa menghantar ammu di KLIA ke Mesir buat Medic pada pagi 31 Ogos. Asyik minta nak naik aeroplane!!
5. Amaani sekarang dah pandai berwudhu’. Pantang tengok abi nak wudhu’ jer… mesti dia pun nak wudhu’ sekali. Sofiyyah pun nampak nak ikut sekali.
6. Antara doa-doa yang biasa abi dan ummi biasakan dengan Amaani dan Sofiyyah, doa kenderaan, doa tidur, basmalah. Kalau dengar azan dia pun pandai suruh diam dan lepas azan nanti dia akan angkat tangan doa.
6. InsyaAllah Ramadhan seminggu lagi! Nak kena fikirkan sesuatu untuk anak-anak abi.
Allahumma ballighna ramadhan!
Comments(0)

