Eidul Adha
Esok insyaAllah umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Eidul Adha. Bagi mereka yang sedang menunaikan haji, Hari Raya jatuh hari ini selepas semalam wuquf di Arafah. Setiap kali tiba Eidul Adha, abi akan sentiasa teringat saat-saat menunaikan haji pada tahun 2000. Semasa tuh abi masih belajar lagi di Kuwait. InsyaAllah abi berazam akan membawa ummi, Amaani dan Sofiyyah buat umrah dulu dan ada rezeki boleh menunaikan haji pula selepas itu.
Esok kali kedua Sofiyyah beraya…, masa aidilfitri yang lepas baru sebulan 2 minggu umur dia. Amaani dah merasa 2 kali Aidilfitri dan sekali Eidul Adha sebelum ini.
InsyaAllah selepas raya nanti abi akan tulis satu entri mengenai aktiviti kami sepanjang hari raya. Notebook baru abi pun dah sampai pagi ni, senanglah sikit nak kemaskini blog ni.
Sempena Eidul Adha ni sebenarnya inilah peluang untuk kita mengajar anak kita amalan-amalan yang patut dilakukan dan kita jadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti mereka. Read more »
Comments(0)

